as salam..
untuk renungan kita bersama...
dedicate to all my friends...
sahabat..
coretan ini dari hati yang ingin mengerti..
untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli..
sahabat...
ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..
dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.Ukhuwah itu terlalu indahkan??Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI..
sahabat..
Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua..bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga...
sahabat....
sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasatetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."
sahabat..
tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH..
Mengertikah kamu tentang erti menyayangi??Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas.manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim.."
sahabat..
bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang..
kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH..
ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang sucu dan bersih.
ukhuwah merupakan kekuatan iman.tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurana iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.."sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)
sahabat...
nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidka dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan.Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendakiNYA supaya mereka bersatu..
sahabat....
Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
1-terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
2-mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
3-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
4-Diampunkan dosa-dosa mereka
5-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
6-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul imansahabat....
Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana??
ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa.ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.sahabat,ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasaihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang.................
Sahabat...
ukhuwah merupakan pemberian RABBANIyang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYAyang ikhlas menerima dan beriman.
ukhuwah dapat diselami apabilakita:"sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudaratersebut bahawa dia menyayanginya."(sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib.
"(sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."
"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa"
"hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan"
"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"
"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan."
"memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."
sahabat....
Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga.
ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat..
yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan......
coretan ni aku amik kat sini
update on adik
9 years ago
No comments:
Post a Comment