31 January 2010

cerita ptg sabtu

salam...
akhirnyer ada yg ajak aku keluar...
sape kah insan bertuah itu???
ye tak lain tak bkn...cik maz lah..ajak aku p nilai teman beli brg nk menghias hantaran...
dh lewat pon p...tp still lg ramai time tu...

otw balik, tak tau nk p mana...
tak de idea..rase nk round2 lagi tp tak tau kemana..
last2 terpikir nk p tgk avatar...
so terjah aje ke pggung wayang...
nasib baik ada tiket lagi...

akhirnyer..aku tgk gak avatar yg di perkatakn oleh org ramai..
dan mendapat kutipan yg terbnyk...
mmg best citer ni...
thumb up utk pengarah n pengeluar idea citer ni...

tak tgk dlm 3d coz tiket tak de...

ok lah...itu jek cerita di hari sabtu..
meng enjoy kan dr coz tak de klass dis week....
k wassalam

30 January 2010

cerita hari sabtu..

salam..

todaynyer cerita, tak de lah best sgt..
tp bg aku best lah hehehe
pg2 lagi aku dh bgun..
menjalankan dr di sekitar kwsn rumah ni..tgk jiran2 dh bgun lom hehehe

after dat p breakfast ngan cik maz..
punya lah malas nk masak bekpes..
siap bekpes kat kedai lg..

lepas 2 3 perkara yg dilakukan..
aku pon merajin kan dr menyinggah di karnival karangkraf kt seksyen 15 tu...
saje je p ronda2..
sekali aku nmpk majalah PC..so aku beli lah..
after dat, org di situ ckp boleh main game baling dadu..
so aku baling lah dadu..

permainan saidina tak silap aku..so kena baling 2 dadu serentak..
sekali baling saje, aku dapat t-shirt hehehee
tshirt karnival karangkraf...
kaler hitam..
alhamdulillah..jeles bdak2 sekolah tu kat aku coz diaorg baling tak dapat apa hik hik
tgn aku bw luck arini..

urmm skang ni dh kat rumah pon..
dok sorg2..
tak yahu nak buat apa..
bdak umah kemana ntah mhilang...
adoyai...arap2 ptg ni ada org ajak jln..kite smbung lg citer slps ni
hik hik hik
wassalam

29 January 2010

tazkirah 2

as salam..
untuk renungan kita bersama...
dedicate to all my friends...

sahabat..
coretan ini dari hati yang ingin mengerti..
untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli..

sahabat...
ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..
dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.Ukhuwah itu terlalu indahkan??Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI..

sahabat..
Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua..bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga...

sahabat....
sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasatetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."

sahabat..
tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH..
Mengertikah kamu tentang erti menyayangi??Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas.manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim.."

sahabat..
bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang..
kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH..
ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang sucu dan bersih.

ukhuwah merupakan kekuatan iman.tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurana iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.."sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)

sahabat...
nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidka dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan.Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendakiNYA supaya mereka bersatu..

sahabat....
Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
1-terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
2-mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
3-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
4-Diampunkan dosa-dosa mereka
5-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
6-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul imansahabat....

Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana??
ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa.ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.sahabat,ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasaihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang.................

Sahabat...
ukhuwah merupakan pemberian RABBANIyang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYAyang ikhlas menerima dan beriman.
ukhuwah dapat diselami apabilakita:"sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudaratersebut bahawa dia menyayanginya."(sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib.
"(sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."
"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa"
"hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan"
"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"
"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan."
"memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."

sahabat....
Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga.
ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat..
yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan......

coretan ni aku amik kat sini

27 January 2010

bosan...

apa mau buat yer
dua tiga hari ni tak de buat apa pon...
asyik ngadap laptop ajek..
sudah naik bosan
sudah muak
rase nk termuntah di buatnyer

nak p jalan2 keluar shoping
kewangan tak mengizinkan
nak wat keje sekolah
kemalasan melanda
sudah dipaksa tp mood tak muncul tiba
nk nonton tv, tak tau dah channel apa nk tgk
tak tau dh cd apa nk pasang
last2 tido depan tv
tak de ke org nak bg keje kat aku...
bekerja dr rumah
sukanyer aku kl ada

buat keje dr rumah tp mdatangkan hasil..
suggestion pliz
ada sesapa nk anta anak dia kat aku tak???
leh aku jaga kan
opis hour
hehehhe

26 January 2010

bertukar..

salam...
apa yg bertukar???
templat aku dh bertukar color hehehhe
pakai kaler hitam mmg cntik tp kl nak bace sakit mata lak..
so bertukar kpd warna yg agak cerah n menawan

hidup kena ada perubahan kan..
takkan sentiasa di takuk lama kan..
so kite kena ubah..
bertukar...
cm citer kartun lak kan hehehe
k lah no story to share..
zaijian
wassalam

20 January 2010

present proposal

salam...
time to present proposal...
takoootnyer...sedang menunggu giliran..harap2 lepas lah tajuk aku propose ni...
tajuk ni dh lama org buat so i make analysis only...
hope lepas lah huhuu
4bulan punya keje..tak le byk sgt kan..
just gune equation then calculation then wat simulation...
harap2 lepas lah..
amin...
panel arini...dr dani baba, pn suzi seroja n pn azita laily
okies...
wassalam..
hope success

19 January 2010

takoooottt

salam...

last week balik kg...best nyer...
kenduri anak sepupu ku kat KB...
so aku ilah cik ma n cik ngah balik kg...

terpaksa dtg awal coz proposal ku belom setel maaa..
di kala ini pon aku masih ngadap proposal aku..
org lain maybe dah siap n ready nk present jek..
aku????
insyaallah akan siap..
tabah kan hati ku utk menghadapi nyer..
berjaga malam la aku arini coz nak siap kan semua ni..
esok nk submit ko cik mat...
nk tgk apa komen nyer..
takooottt
hope lepas lah n dapat present...

hope dis sem semua setel..insyaallah...

wokey lah..wassalam

11 January 2010

tazkirah

FIRMAN Allah SWT dalam surah al-Asr ayat 1-3: “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Sabda Rasulullah SAW: “Daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah SWT (al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya.”

Dua perkara penting dalam firman Allah SWT serta sabda Rasulullah SAW berkenaan seolah-olah tidak lagi menjadi pegangan dan panduan umat Islam hari ini, sebaliknya setiap kali melangkah ke tahun baru, yang dipentingkan ialah kehidupan dunia menjadi semakin baik daripada tahun sudah. Akibatnya, semakin ramai umat Islam terbuai dengan kehidupan duniawi manakala kehidupan abadi di akhirat ditinggalkan.

Jika dilihat, ramai lagi umat Islam dalam dunia ini yang menderita seperti berlaku di Palestin tetapi keimanan mereka tidak terjejas, malah semakin kuat. Melangkah ke 2010, umat Islam di Malaysia sepatutnya lebih kuat dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan dan sebagainya, tetapi apa yang berlaku kini ialah kita berpecah-belah akibat fahaman sempit masing-masing sedangkan ia sepatutnya tidak berlaku.


Mengapa kita tidak mengikut jejak Rasulullah SAW dalam pelbagai perkara dan lebih teruk lagi menjadikan kehidupan sementara ini batu loncatan bagi mendapatkan kemewahan serta perkara mengasyikkan lain, malah al-Quran dan sunnah baginda juga ditinggalkan begitu saja.


Sepanjang 2009, pelbagai bencana alam melanda dunia dan ia sesungguhnya peringatan daripada Allah SWT bahawa setiap nilai kemewahan, keasyikan serta harta duniawi lain boleh ditarik balik sekelip mata saja tanpa amaran. Kerana itu, melangkah ke 2010, mari kita merenung sejenak setiap kesalahan atau kesilapan yang kita lakukan dan mengambil iktibar terhadapnya. Perkara negatif serta mungkar yang boleh mengaibkan diri, masyarakat serta agama yang berlaku tahun lalu hendaklah ditinggalkan dan jangan diulang. Manakala perkara baik dan makruf, kita teruskan dengan penambahbaikan lagi, mudah-mudahan kita menjadi umat yang diredai Allah SWT.

Firman-Nya: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan diperlihatkan (dalam suratan amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan diperlihatkan (dalam suratan amalnya).”

Sabda Rasulullah SAW: “Peliharalah lima perkara sebelum didatangi lima perkara lain iaitu waktu usia muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati.” Justeru, tekadkan hati, bulatkan azam dan besarkan cita-cita demi masa depan yang lebih gemilang kerana jika kita gagal berubah tahun ini, tidak mustahil kita akan terus gagal untuk masa mendatang.

##semoga kite ambil iktibar##

10 January 2010

cerita suatu petang

kring kring kring
ku angkat ku dgr suara...
tp tak de suara...
ku yakin ada some one tgh wat spot chek tepon...
apa kes kwn...

ckup lah tipu aku..kenapa tak berterus terang jek...
berterus terang kan senang..
tak yah nk selindung2 lg...
buat baik pd ku hanya utk kesempatan saje...
lepas tu menyepi kan dr..

biarkan bersendirian..
biarkan sendiri...
sendiri lah...
biarkan ia jd kenangan..
biarkan semuanyer
selagi tidak di jelaskan..
selagi itu tertanya2..
kenapa, mengapa,..
hanya ALLAH yg tahu segalanyer...
biarkan sendirian begini...

cukuplah sandiwara mu itu...

cerita ku suatu petang di hari mggu..
tetibe rase sebak dan rase sedih..
huhuhu

mungkin ada hikmah di sebalik apa yg berlaku...
terima segalanyer...
YaALLAH, hanya Kau yg tahu segalanyer...
amin...

di tahun baru dan umur aku meningkat lg 1 thun..aku harap ada sinar di depan ku..
semoga ALLAH memberkati segalanyer..

buangkan kesedihan, semoga kebahagian itu menjelma..
selamat berusaha...

9januari dtg lg...umur aku lg setahun meningkat..
tq pd yg mengingati nyer..tq for the wish..
terharu beb coz ada yg tak lupe pd ku hehehe

ok lah
wasslam

06 January 2010

2010

salam
dah masuk thun baru pon...2010
arini dh 6 ari di 2010..

just wish u all selamat tahun baru...

umur dh meningkat lg setahun..apa yg nk di buat thun ni..
semuanyer dlm perancangan..
hope tercapai...

wassalam