30 July 2009

ragut!!!!

mende yg aku takut kan

kena ragut

tp bkn aku yer

bdak rumah aku

time balik keje

balik kul 10.30pm

kena aim lah tu gamaknye

sedeh jugak lah sebab dia br dapat gaji harini

semua lesap

cmne nak buat

so report polis shj

berhati2 lah bila balik mlm

kepada wanita di luar sana

sila berhati2

pesanan ini pon utk aku juga

wassalam

28 July 2009

apa mau buat..

bosan...

tolong...

bg idea aku nk buat apa...

hehehee

mmg tak de keje

25 July 2009

kite hanya merancang

tidak ketahuan..
smlm ada yg ajak keluar jalan2 tgk wayang..
arini dapat 1 msg, tak dapat keluar sbb motor rosak...
nak aku ambilkan ke??katenyer tak pe berada di kejauhan..menyusahkan..
so berada lah aku di rumah sepanjang mlm ini..
smlm berangan2 utk keluar bersiar2 pada mlm ini..
itulah kl dinamakan tak de jodoh..
kite hanya mampu merancang, tp ALLAH yg tahu segalanyer..

apa pon, terima kasih kerana sudi ajak saya keluar...

wassalam

24 July 2009

tahniah

salam...

this entry nk ucap tahniah kat pn ida n en syed..tak lama lg diaorg bakal jd mama n abah hehehee

wassalam

17 July 2009

untuk renungan

KATA LELAKI : "WANITA ITU LEMAH"

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....
besar perbezaannya


Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...
kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan


Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu


Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat


Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan


Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....

==> sebagai renungan bersama hehehe

bulan rejab dan kelebihan nya

##artikel ni aku amik dr blog sape ntah..saje nk berkongsi ngan kalian semua walaupun dah di akhir2 bulan rejab skang ni..

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

16 July 2009

apa nak buat ni

salam...nk buat apa ni...td p klass tp klass lak tak de huhuuu so aku dtg seksyen 9..tuan umah tak de balik kg, jumpa anak2 je lah..lepak2 sini tgk tv..

last week balik kg..mkn duyan, rambutan, cempedak, manggis...sedapnyer..smp mabuk buah aku jd nyer...bestnyer...last week gak aku p johor..lawatan smbil tak belajar ke kulai n ayer hitam...p anta adinda aku yg nk memulakan semester huhuuu..tu pon nk beranta, bknnyer nk naik bus dtg sendiri huhuuu...

so pg2 khamis dh bertolak ke kulai... jauh rupenyer perjalann ke johor ni, berapa kali ladang kelapa sawit daa aku tentasi, mmg lama, sakit badan gak le..

ari sabtu lak bertolak ke ayer hitam..mlm tu lak kekanda aku wat ayam beratur hehehe BBQ lah..wat mkn2 ajak jiran2 tepi umah jek...ari isnin yg indah kami bertolak balik bertiga..pergi berempat..tggal adinda aku kat ayer hitam hehehe

syok jugak jln2 ni..smp tak ingat aku ada klass daa..apa nk jd lah..

ok lah tak tau nk karang apa daa... dah tgh bulan 7 pon, nk dekat puasa dah, ganti dah abis belom????

jom ramai2 puasa hehehee

wassalam

07 July 2009

tak de keje

hari ini...
teman ibu watie p bank..
mmmm lamanyer tak jumpa anak angkat aku...
sofea darwisya..

bile lah ibu watie nak bw dtg umah aku ni...
dah besau mana lah budak tu yer...

esok aku mau balik kampung, mkn buah duyan heheheee

lupe nak ucap good luck to fizzah, tasha n abz..
diaorg ni baru start belajar sem ni..
semoga dapat asc(anugerah sarjana cemerlang) yer..
selamat belajar...

05 July 2009

today is sunday

salam...

apa ada pd hari ini..ahad 5 julai 09..tak de apa pon hehehe
pg td aku p klass..mggu ni dah start klass dan aku dh menghadirkan diri pd klass pertama smlm..klass cik mat le, teletraffic..apa tu..tak tau le, aku pon tak observe lagi pasal subjek ni...teruknyer aku...dasat gak aku ni...

bangun2...cukup la tido, dah start sem pon, tak yah le dok melangut lagi...mmm jap lagi nak p sogo, teman maz survey brg hantaran, kl berkenan terus beli hehehe aku saje ikut, leh p jln2 sekali, lame dah tak p KL sana nung, jauh bebenar KL ngan aku ni hehehe biasalah tak de nk wat apa, wat apa p sana kan, kota penuh kesibukan...tp tak tau jd ke tak p nyer, coz makcik ni tak balik2 lg kerja, katenyer product tak flow lagi, apa2 lah wes..aku pon tak paham keje dia ni..

wokey lah, mau nonton tv lak smbil2 cari kerja kat internet ni.okies zaijian..

## to ida murni, aku malas la nk update ari2 malas nk menulis hahahaha, teruk betul tahap kemalasan aku ni...

03 July 2009

boringnyer

salam..

apa mau buat hah, boring maaa, tak tau nak buat apa, kelas ujung mggu jek n ari khamis, so ari lain aku nk wat apa ek, keje part time, lepak kat umah or wat apa..aku pon tak tau.. skang ni ngah cr keje kosong kl2 ada keje kosong..leh wat tampung hidup aku maa..kl dok depan laptop je lemau la aku nnt, otak pon kurang cergas..

ok lah, kemas umah , basuh baju dlu, jap lg balik seksyen 9 huhuuu

wassalam

01 July 2009

transformer


salam...

bertukar...hehehee terus kereta2 n lori2 itu bertukar menjadi robot...layan...smlm p layan movie ni, dh lama bertangguh, last sekali dpt gak tgk...tu pon beli tiket awal, kot2 kl p sernag je tiket dh abis..tgk kat bukit raja jek, dekat sikit..menarik gak citer dia, best, selingan lawak yg banyak..tp lama bebenar, lenguh aku kt dlm panggung tu...

optimus prime telah diserang oleh megatron hehehe, kacau betul smlm syok2 dok layan tetibe ada bdak kecik nangis, adess tak yah le bw bdak kl nk tgk mlm, tu waktu tido diaorg le, awat le mak ayah dia p kacau waktu tido tu, sian kat bdak tu, seluruh panggung bengang dgn teriakan budak itu...mak ayah lak pulun nk tgk movie ni...

ok, itu jek...kak emah n fazira, azu tgk dulu citer ni, SORRY...hehe
k can cin cau
wassalam